M
U
S
L
I
M
W
A
Y
بسم الله الرحمن الرحيم.
Salam Alaik !

Anas Fikrie di sini
Follow | Dashboard



Mari Berkunjung !

Story About Links


Anas Fikrie

Reka Lencana Anda

Risalah AL- Misbah

Promote Your Page Too

Anasfikrie94.blogspot.com

Promote Your Page Too





Tinggalkan Pesanan Anda




Sejarah






TAZKIRAH 1
Selasa, 13 November 2012 | Selasa, November 13, 2012 | 0 komen
Ketahuilah bahawa berkata Al-Imam Al-Ghazali: “Aku menyeberangi lautan fekah, aku sampai ke seberang, aku menyelami lautan tauhid, aku sampai ke seberang, aku menyeberangi lautan falsafah, aku sampai ke seberangnya, (tetapi) apabila aku menyeberangi lautan tasawuf, aku tenggelam dalam lautannya tanpa penghujung..”

Di takdirkan Allah pada satu ketika ia telah solat bersama adiknya , sedang solat adiknya telah membatalkan solatnya . Waktu itu Imam Ghazali agak terkejut bagaimana aku seorang yang hebat dengan murid murid ramai pengikutku ,tiba tiba adiknya mufaraqah solat bersamanya . Di minta nya penjelasan dari adiknya , wahai abangku jika sekirannya ada darah dikepalamu apakah sah sembahyang itu , tidak sah jawab Imam Ghazali , begitulah aku melihat pada tubuhmu. Terkejut seketika Al Imam bagaimana mungkin adikku boleh melihat fikiranku yang memikirkan untuk menyelesaikan masaalah haid pada persoalan yang ditimbulkan dalam pengajiannya terhadap murd muridnya .Setelah melalui detik ini barulah Imam AlGhazali mengorak langkah menjejak ambang kesufian , dengan ilmu yang telah terpahat didada beliau sanggup meninggalkan segala darjat duniawi kerna ihsan bukan boleh direka dan dibuat buat .Bergurulah ia dengan seorang tukang kasut yang bertaraf wali mursyid . Pada perjalanannya disuruh Imam membawa bakul buah kepasar disana dipanggilnya budak budak , lalu guru meminta agar anak anak yang berhajat pada buah tersebut bolehlah mengambilnya dengan bersyarat .Diketuknya buah pada kepala imam barulah boleh diambil akan buahnya , jadi seorang demi seorang mengulangi perbuatan tersebut . Imam yang dahulu orng yang hebat , dengan pangkat dan darjat dikenali ramai , hari ini membiarkan ia diperlakukan , orng kebanyakkan telah berkata Imam sudah hilang akal , apa sudah jadi pada Imam .Begitulah Imam bukan kepalanya yang diketuk dengan buah dan membasahi, namun kalbunya yang sebenar diketuk ,dicanai ,disentuh pada segala sifat kesombongan dan kebesaran , gugurlah keegoannya , gugurlah keakuannya ia mulai pasrah pada jalan ini dan meneruskan masuk kegerbang kesufian.


Older Post | Newer Post